Kejayaan itu menjadi suntikan moral buat skuad Wilayah Persekutuan menjelang saingan SUKMA Selangor 2026 bulan depan, apabila mereka bakal berdepan cabaran dalam kumpulan sbersama Sabah dan tuan rumah, Selangor.
Sementara itu, Hulu Kelang Girls FC menamatkan saingan di tempat ketiga selepas menewaskan Perdana BTR FC 1-0 menerusi sepakan penalti yang disempurnakan Nurin Umairah pada minit ke-41 dalam aksi penentuan tempat ketiga dan keempat.
Walaupun gagal membawa pasukannya ke final, prestasi konsisten Nurin sepanjang kejohanan membolehkan dia dinobatkan sebagai penjaring terbanyak selepas meledak lima gol.
Pengarah Pra-SUKMA KLWSL 2026, Khushairi Aizad Jamalludin berkata, edisi kelima kejohanan itu berjaya mencapai matlamat sebagai platform kompetitif kepada pemain wanita muda, khususnya majoriti peserta berusia bawah 21 tahun, untuk menyerlahkan bakat selain membantu Wilayah Persekutuan mengenal pasti pemain berpotensi bagi pembangunan masa depan.
"Selain itu, kejohanan ini turut menjadi medan persiapan terbaik buat pasukan bola sepak wanita Wilayah Persekutuan memperkemaskan aspek taktikal, meningkatkan keserasian pasukan serta tahap kecergasan menjelang SUKMA Selangor 2026," katanya.